Pages

Saturday, September 18, 2021

Bacaan doa Qunut Solat Subuh

 

Bacaan qunut subuh merupakan amalan yang dijaga oleh Nabi Muhammad SAW hingga sepeninggalnya. Doa qunut sendiri terbagi menjadi tiga macam, yakni qunut shubuh, qunut witir di separuh akhir bulan Ramadhan, dan qunut nazilah.

Hukum bacaan qunut subuh sendiri menjadi sunah menurut mazhab Syafi'i dan Maliki. Pendapat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam An Nasa'i, Imam Abu Daud, dan Imam Tirmidzi:

"Rasulullah SAW senantiasa melakukan qunut pada solat subuh sampai beliau meninggalkan dunia," (HR. Ahmad). Menurut Imam An-Nawawi dalam Al-Adzkar, hadis tersebut shahih.

Bacaan qunut subuh dibaca sebelum sujud pada rakaat terakhir. Tepatnya saat posisi berdiri dalam gerakan iktidal.

Bila solat subuhnya ditunaikan secara berjamaah, imam dianjurkan untuk mengeraskan suara saat membaca doa qunut. Sementara untuk solat sendiri, tidak harus dikeraskan.


Bacaan dalam rumi


"ALLAHUMMAH DIINII FIIMAN HADAIT" WA AAFINII FIMAN AAFAIT.


WATAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT WABAARIKLII FIIMAA A'THAIT.


WAOINll BIRAHMATIKA SYARRA MAA QADLAIT.


FA INNAKA TAQDLII W ALAA YUODLAA 'ALAIK, WA-INNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT.

Bacaan Solat Dalam Rumi

Bacaan Solat Dalam Rumi

Lafaz niat solat dalam bacaan rumi.


Solat zohor
Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.

Sahaja aku sembahyang fardhu dzuhur empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

1.Doa Iftitah dalam bacaan rumi.


Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.


2.Bacaan Doa Al-fatihah

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

3.Doa bacaan ketika ru'kuk dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. 3X


4.Doa bacaan ik'tidal dalam bacaan rumi.

SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH.

(RABBANA LAKAL HAMDU.)


5.Doa bacaan ketika sujud dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. 3X



6.Doa bacaan ketika duduk antara dua sujud dalam bacaan rumi.

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.

mudah baca












7.Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, 
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, 
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
 Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
 Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

senang hafal

8.Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, 

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, 
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, 
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

 Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Friday, September 17, 2021

Resepi Kari Ikan Merah


Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
    • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • air secukupnya
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 1/2 mangkuk kecil minyak masak
    • 3/4 sudu kecil halba campur
    • 2 tangkai daun kari
    • 2-3 sudu besar air asam jawa
    • 1 ekor ikan merah
    • 1 mangkuk santan cair
    • 3 biji cili merah besar
    • 1 mangkuk santan pekat
    • air, jika perlu
    • garam secukup rasa
    • 12 batang bendi
    • 2 biji tomato

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. Masukan halba campur dan daun kari.
  7. Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. Tuang bancuhan rempah kari.
  9. Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. Tambahkan air.
  11. Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. Masukkan ikan merah.
  13. Masak selama 5 minit.
  14. Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. Kemudian masukan santan pekat.
  17. Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. Tambah sedikit air asam jawa.
  19. Tambah garam.
  20. Masukan bendi dan tomato.

Tips:

  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.

Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap. 
Rempah Kari Kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dengan laju dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari.

Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Ketika dimasukkan santan, baru minyak akan timbul. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Hirisan Bawang
Bawang bawang dan halia lebih sedap jika dihiris dan ditumis.

Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari ikan saya. Ia dapat menjadikan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. 

Rempah Kari Kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dengan laju dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari. Apabila dah masuk air dan santan, perlahankan api dan biarkan lauk kari itu mereneh. Akhir sekali masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa. 

Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.

Asam Jawa dan Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.

Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan kuah juga lebih elok.

Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.

Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah.